Sejarah Panggung wayang pandu masuk

Panggung wayang pandu masuk pertama dibina adalah Teater de Guadalupe, ia dibuka di Las Cruces, New Mexico pada 23 April 1915 sehingga Julai 1916.[2]

Tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 mendorong kembalinya askar-askar ke tanah air mereka dan memulakan hidup baru berkeluarga mendorong kepada peningkatan kelahiran anak-anak serta pemilikan kereta dalam kalangan penduduk pinggir bandar dan luar bandar. Hal ini menggalakkan lebih banyak panggung wayang dibuka beratus-ratusan setiap tahun; jumlah pawagam filem di Amerika Syarikat telah meningkat dari tahun 1947 sebanyak 155 unit menjadi 4,151 unit tahun 1951.[3]

Perniagaan panggung-panggung ini melaris lewat 1950-an dan awal 1960s terutamanya di kawasan luar bandar,[4] banyak kunjungan yang dicatatkan kerana ia dilihat sebagai pilihan lebih murah daripada membelanjakan banyak duit jalan jauh di bandar serta kos penyelenggaraan yang lebih murah daripada bangunan panggung wayang pada ketika itu.[5]

Kadar kemasukan mula menurun pada akhir 1960-an dengan bertambahnya pilihan hiburan persendirian yang semakin maju dan pelbagai televisyen warna ke TV kabel, VCR dan penyewaan video. Keadaan ini diburukkan dengan kenaikan harga minyak sedunia berikutan konflik serantau Timur Tengah seperti pada tahun-tahun 1973 dan 1979 menundakan masa operasi atas faktor penjimatan siang serta pengurangan kenderaan ramai menjadikan panggung-panggung ini semakin sukar mendapatkan keuntungan biasa. Kemelesetan ekonomi kecil di Amerika Syarikat pada awal 1980-an turut melonjakkan harga sewa tanah sehingga ia sukar ditampung secara berterusan dan banyak syarikat pemilik panggung lazim beroperasi pada hujung minggu atau musim panas.


Sejak berleluasanya wabak koronavirus yang merebak seluruh dunia pada tahun 2019, bentuk panggung ini menjadi dikenali dan digemari semula di mana kawasan-kawasan ini mampu mengekalkan pembatasan fizikal sesama orang ramai dengan betul.[6][7][8]